Apa yg hendak dicari?

Khamis, 30 Mei 2013

Hahaha....Happy Birthday....

Selamat Hari Lahir Aida!

Hai...Assalamualaikum semua....

hah...^_^ Alhamdulillah...Allah telah memberi kesempat buat aida untuk hidup dimuka bumi ni sehingga hari ni...iaitu genapnya 15 tahun umur aida....

Alhamdulillah...orang yang pertama yang wish aida di facebook adalah kawan lama aida masa sekolah rendah...lama dah tak jumpa dia...harap-harap ada rezeki untuk berjumpa dengan dia....


happy birthday..hope dpt result yg cemerlang dlm pmr & menjadi ank yg baik..amin 

hehe...terima kasih shahira....harap dapat jumpa ang lagi....

Kalau last year aida nak jadi orang pertama wish birthday kawan-kawan aida....Tapi tahun ni aida tak dapat jadi orang pertama lagi...huhu...sedih...disebabkan lupa aida jadi orang yang Terakhir wish birthday beberapa kawan aida...sedihnya tak dapat jadi orang pertama yang wish...tapi aida harap wish aida pada diorang tahun ni akan diorang kenang...Walaupun aida lah orang yang terakhir wish....

Apa-apa pun aida nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY buat semua yang berkongsi tarikh lahir dengan aida....termasuk kawan aida...nadzirah....Semoga Allah memberkati hidup kita.....

tak lupa juga buat kawan aida yang akan menyambut Birthday pada 31 Mei ni...

bye2...Assalamualaikum....selamat bermimpi....

Rabu, 29 Mei 2013

Happy Belated Birthday

Hai...Assalamualaikum semua....
Apa khabar....
Sempena cuti sekolah ni korang melancong kemana?

okeyla....tujuan aida tulis entri ni adalah untuk mengucapkan Happy Birthday buat Mr.Right...iaitu rakan dan jugak jiran aida....

klik gambar untuk terjah blog Azlan

Walaupun satu kejadian tragis yang mengejutkan berlaku keatas ang semasa balik kelas tambahan tadi....ang tetap happy kan...kan?kan?....hahaha...

Sorry la sebab gelakan ang tadi....ni semua sebab ayat yang diucapkan kawan ang tu... lebih kurang ni kot ayat dia tu "kalau nak tidur bukan kat sini" huhhh serius betul nada dia....mengah perut kami dengar ayat tu....sorry ye....

Hadiah? nak ke? kalau nak tunggu la,maybe 5 tahun lagi...hehe.....
apa-apa pun tengok la kat Johor nanti kalau ada bajet lebih kami belikan....untuk isteri ang sekali...tapi tak janji ye....

Lastly...

Happy Birthday...
Semoga berjaya Dunia Akhirat....


wish kat kami pulak khamis ni...haha

Selasa, 14 Mei 2013

Nice Chingu #_# (kisah benar)


14.5.2013 (di sekolah)
= dalam pukul 12 rasanya....tengah khusyuk baca buku yang nak exam pukul 1.30p.m tadi tiba-tiba dengar ada orang panggil...

fikri : su...su..su...

apa la dia ni nak...lalu aku menoleh ke belakang....baru je separuh toleh...

Azim : jangan su...

tanpa menhiraukan kata-katanya aku pun toleh ke belakang...spriiittt...

fikri : happy befday

aku : (kurang asam punya budak) kata aku dalam hati sambil mengelap muka dan cermin mata yang basah disembur air....lalu aku pun bangun..."Woi...befday aku lambat lagi la...""aku report dekat anisah"

fikri : jangan su....

Kemudian aku pun mengambil botol air mineral ku dan melonggarkan sedikit penutupnya....lalu... zappp...

aku : padan muka...haha...puas hati aku....

fikri : huih...habis basah baju aku...kalau nak renjis aku pun renjis la masa aku mati nnti kat kubr aku....tak pun masa aku kahwin nanti ke....

aku n kawan2 lain : hahaha.....

Tu la al kisahnya...tu la...padan muka sembur lagi air kat aku...kang dah kena...tu la ang tak tau yang aku banyak pengalaman curuh-curuh air kat orang ni....

# # # # # # # # # #

abaikan tarikh tu....lupa nak setkan

14.5.2013 (di rumah )
= 3 lebih...semasa sedang makan....

ayah : dik ni ada kat ang ni...

aku : kad? ('aik..x siap aku...aku x dak masuk apa2 pun...GA pun' fikirku dengan dahi yang bekerut) kad apa?

ayah : nak..tengok sendiri

aku : la....haha....hari jadi adik lambat lagi pun...

haha...rupa-rupanya kad befday ni dari kedai cermin mata yang baru aida buat masa 28.1.2013...disebabkan cermin matanya lama pecah diduduk oleh adikku...huhu....

Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang mengingati tarikh lahir aida....Terima kasih sangat - sangat.....

Rabu, 8 Mei 2013

Ulangkaji # Mencontohi Kepatuhan Malaikat

Alhamdulillah...hari selesailah sudah kertas bahasa melayu 1 & 2 dan pendidikan jasmani&kesihatan....tak target apa2 just tunggu results je....

Esok pula kertas inggeris dan pedidikan islam...
hah...apa lagi jom la ulangkaji....



 '
Quran, Al-Baqara, Ayat 36
Quran, Al-Baqara, Ayat 37
(surah Al Baqarah ayat 34-37)

Maksudnya
Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat , tunduklah (berilah hormat) kepada nabi Adam " lalu mereka sekalian tunduk memberikan hormat melainkan iblis , ia enggan dan takbur , dan jadilah daripada golangan yang kafir (34) 
Dan kami berfirman " wahai Adam ! tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga dan makanlah dari makanannya sepuas - puasnya apa yang kamu ber dua sukai , dan janganlah kamu hampiri pokok ini . ( jika kamu menghampirinya ) maka akan jadilah kamu dari golongan orang yang zalim . (35)
Setelah itu syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada didalamnya dan kami berfirman, " turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman dibumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati) " (36)
Kemudian nabi Adam menerima daripada tuhannya beberapa kalimah ( kata-kata pengankuan taubat yang diamalkannya ), lalu Allah menerima taubatnya , sesungguhnya Allah , dialah yang amat pengampun lagi amat mengasihi (37)
(surah Al Baqarah ayat 34-37)

Ketaatan Malaikat
  • Mentaati perintah Allah s.w.t agar sujud memberi hormat kepada adam
Kederhakaan Iblis
  • Enggan tunduk dengan perintah tersebut kerana angkuh dan takbur 

Cara syaitan memperdaya manusia 
  1. Memperdayakan manusia mensyirikan Allah
  2. Mengajak manusia melanggar perintah Allah 
  3. Menarik manusia ke lembah kehinaan dan kehancuran
  4. Menggoda manusia hidup bermusuh-musuhan
  5. Menbisik manusia dengan kerja-kerja sia-sia
  6. Mencampakkan manusia kedalam hati manusia perasaan was-was dan ragu-ragu

Cara menghindari tipu daya syaitan 
  1. Mentaai perintah Allah dan menjauhi larangannya
  2. Menunaikan solat dengan khusyuk
  3. Menjauhkan diri dari perkara maksiat 
  4. Sentiasa nasihat-menasihati dengan perkara kebaikkan
  5. Menghafaz dan membaca Al Quran
  6. Bersifat dengan sifat mahmudah seperti jujur dan baik hati
  7. Sentiasa mentaati ibu bapa dan guru

Syarat-syarat taubat
  1. Benar-benar menyesal dengan dosa atau kesalahan yang dilakukan 
  2. Berhenti daripada melakukan dosa atau maksiat dengan segera
  3. Berazam dengan tidak mengulangi dosa yang telah dilakukan
  4. Hendaklah meminta maaf dan memulangkan hak jika melakukan kesalahan dengan manusia

Ciri-ciri orang yang taat perintah Allah
  1. Memelihara daripada perkara yang boleh merosakkan akidah
  2. Mematuhi perintah Allah SWT
  3. Menghayati sifat-sifat mahmudah
  4. Sentiasa bertaubat
  5. Membaca Al quran,berzikir,beristighfar dah bertasbih
  6. Menambah ilmu pengetahuan
  7. Memelihara maruah diri.keluarga dan negara

Pengajaran ayat
  • Kita hendaklah mencontohi kepatuhan malaikat
  • Iblis sentiasa berusaha menyesatkan manusia
  • Allah kasih kepada hambanya yang bertaubat 
  • Orang yang berjaya mengatasi tipu daya iblis akan selamat di dunia dan di akhirat

Isnin, 6 Mei 2013

Segmen : JOM BERCERPEN by Pena Biru Sora


Assalamualaikum.... hai semua....

Jom join segmen sora...
segmen ni berlangsung selama 6 bulan tau...
kesemua cerpen yg join segmen ni akan dilistkan di blog ini buat selama-lamanya....

kepada yang berminat boleh mula mengarang dari sekarang...


Mula : 1 Mei 2013
Tamat : 30 Nov 2013

Kelayakan 
  • Terbuka kepada semua rakyat malaysia 
  • Boleh mengunakan blog,fb,gmail,ymail/yahoo dan buku/kertas(bagi yg terdekat)
  • Cerpen terbuka...bebas untuk apa-apa tajuk dan cerita...
  • Tiada had penulisan...


Syarat - syarat bagi yang menggunakan blog
  • follow blog sora dan himeouji shop dan syara
  • Like fanpage himeouji shop dan syara
  • Follow twitter syara (jika ada)
  • Buat entri cerpen yg nk ditandingkan dan entri Segmen : Jom Bercerpen serta tampalkan salah 1 banner diatas
  • Tinggalkan link kedua-dua entri korang di entri ini

Syarat - syarat bagi yang menggunakan Facebook
  • Like fanpage himeouji shop dan syara
  • Follow twitter syara (jika ada)
  • Buat cerpen yg nk ditandingkan di note dan buat status tentang Segmen : Jom Bercerpen
  • Tinggalkan link note di entri ini atau Fb Aida
 Syarat - syarat bagi yang menggunakan Gmai / Ymail
  • Buat cerpen yg nk ditandingkan 
  • Hantar ke kochikoiyo@gmail.cam atau keaidaadnan98@ymail.com 

Senarai Hadiah 
  • Tudung bawal plain x1 pemenang
  • Bookmark x2 pemenang
  • Bloglist kekal x3 pemenang
  • Shawl x1 pemenang
  • hadiah akan bertambah jika penyertaan bertambah
 Target
  • 5 - 10 orang peserta

Sabtu, 4 Mei 2013

Kisah Tukang Gunting Rambut


Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya.
Apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara.Tapi bila
mereka mula berbicara mengenai Allah,

barber itu pun berkata,'' saya tak percaya Allah itu wujud.''

''Kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.
Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud,kenapa ramai sangat orang sakit dekat luar tu? Kenapa masih ada kanak2 yang terbiar? Kalau betul Allah wujud,dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ni. Sayatak dapat bayangkan Allah yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''. Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.

Selepas beberapa langkah,si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang,selekeh,kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,'' kamu
tahu tak yg sebenarnye
barber juga tidak wujud?'' ''Kenapa kamu kata macam tu? Sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi''.
Kata barber.


''Tidak!'' kata si lelaki tadi.''Kalau barber wujud, dah tentu tidak ada orang yang berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yang panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu''.''Ah! Barber memang wujud! Lelaki tu jadi macam tu sebab dia tidak
datang pada saya untuk menggunting rambutnye!''.kata barber. “Tepat sekali!''. kata si lelaki tadi.''That's the point!. Allah juga wujud. Itulah yang terjadi (keperitan&penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya untuk memohon pertolongan.''

Gift Form Timizero